Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua...
Maaf zahir dan batin
Ikhlas dari saya dan isteri...

Monday, September 14, 2009

Raya

Seminggu je lagi nak raya...diam tak diam Ramadhan hampir berlalu pergi...
Raya tahun ni merupakan kali pertama aku menyambutnya bsama isteri tercinta...dan ia juga merupakan pertama kali beraya sbg pasangan suami isteri..pasti ianya sesuatu yg amat bermakna dlm hidup kami berdua...
YA ALLAH...YA RAHMAN YA RAHIM...
kurniakanlah kami berdua keberkatan serta kebahagiaan dalam hidup...

Friday, September 11, 2009

Tempat Kerja Baru...

Dah lama rasanya aku tak update blog nie..kekangan masa dan tugas...
Alhamdulillah dikesempatan ini dapat juga aku update blog ni..
Terima kasih kepada Bob kerana tolong mencantikkan blog aku nie...almaklumla Bob ni expert..thanks bob..
1 September 2009 adalah hari pertama aku melapor diri untuk bertugas di UiTM Johor...
Setahun lamanya aku bertugas di UiTM Shah Alam barulah sekarang dapat bertugas bersama isteri tercinta..setahun juga la aku berulang alik shah alam - segamat...
Syukur kepada Illahi kerana berkat pada bulan Ramadhan yang mulia ni aku akhirnya dpt bertukar ke sini...Pengalaman di UiTM Shah Alam banyak mengajar aku erti tugas..tentang susah payah..kesabaran dan lain-lain...Persahabatan yg terjalin di antara aku, staf bhg exam serta rakan2 AR UiTM Shah Alam amatlah aku hargai..
Housemate aku..Joe...Najib n Pian...korang memang housemate yg the best...Syukur kerana aku mempunyai housemate yg juga rakan sejawatan yg begitu memahami dan prihatin...Thanks a lot guys...
Di UiTM Johor aku bertemu semula dengan rakan satu batch...Bob AR HEA...kini merupakan rakan sejawat di sini...Alhamdulillah 2 minggu di sini banyak yang Bob dh ajar n maklumkan pd aku...Suasana begitu tenang dan aman damai di UiTM Johor..di sini staf digalakkan mengikuti aktiviti kerohanian yang dianjurkan...Ini adalah satu perkara yang amat baik yang tidak ada di tempat lain...Jiwa rohani berasa sangat tenang bila berada di sini...
Mudahan kehadiran aku di sini mendatangkan kebaikan serta membawa perubahan dalam diri...Amin ya rabbal alamin..